17.10.12

Tahniah !


Assalamualaikum .

Dah berhari-hari aku nak update , asyik postpone jer dek kerana malas tahap gaban . Maka hari ini , disaat ini , diwaktu ini , detik ini , maka aku nak share story . Hahahaha , berasa kebanggaan pula pabila update kali ini pasal bola . Tahu kan Kelantan berjaya ke final untuk Piala Malaysia ? Kalau tak tahu , memang korang tak baca newspaper or memang tak amik tahu hal dunio . Ngeeeeeee . Wahai rakyat Selangor sekalian , usahla korang berdendam dengan kami . Sesungguhnya kemenangan berpihak kepada kami . Mungkin kali ini rezeki kami . Waaaaaaa , ayat sastera dak keluar dah . 

Dengan hanya berbekalkan handphone canggih , dari situ lah aku tahu hal2 berkaitan bola . Walau ado LIVE kat TV , tapi rumah sewa aku taraak tv . Sedih kut . Kadang curi2 g warung depan umah semata-mata nak tengok bola . Budak umah mana la kaki giler macam aku neh . Aku jer yang tersemangat lebey giler kat bola . EH ! For sure la , MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA !!





Kenal sape kat atas ?

Ni la hero Red Warriors time game dengan Selangor pada separuh akhir pertama time kat Kota Bharu . Abe Farhan atau lebih pemes Ben10 . Hehehe .Walaupun sekadar 1-0 , at least kitorang ade bekalan nak dibawa ke Shah Alam untuk perlawanan timbang balik .

Then , tak disangka-sangka , game kat Shah Alam berjaya membawa pasukan kami melangkah ke Final . Waaaaaa , terkinja-kinja aku sebab menang . Giler tak happy . Tapi ade cite sedihnya sebab this time aku tak dapat jejak stadium Shah Alam tuh . Bapok hagemaru seh !! Sedih bergunung-ganang . Lebih sedih dari putus cintan taw tak !! Gomo kat depe TV jo lah kali neh . Sobsobsobsob




Tengah layan FB tetiba ini gambar menarik perhatian aku . Kenal ?
hewhewhewhew =)




Maap Datuk Shah Reza , saya tak dapat pergi =(

Aku rasa nanti mat2 terap a.k.a soldier kat bandar Port dicson neh nanti , conform sunyi sebab nak sokong depa punya team . tapi yang aku tahu la kan , 3 tahun dok PD neh , kebanyakan soldier2 neh orang klatey . hahahaha . Conform la depa sokong Red Warrior . Hehehehe .

So , kita nantikanlah perlawanan Sabtu ni .
LIVE : Astro Awani ( 801 )
Jam : 8.45 malam




GOMO KLATEY GOMO terrrrrrrrrrr !!!




20.9.12

I'm Sorry I Miss You


Assalamualaikum =)

Pernah bercinta atau pernah dicintai ? Atau kedua-duanya sekali . Tetiba entry kali ini aku nak meluahkan perasaan yang berkepok-kepok sekian lamanya aku simpan . Bukan aku tak pernah share dengan member-member rapat tapi tak sepenuhnya aku nak luahkan . Pendam punya pendam , sakit pulak hati kita ni hah ! Haiisshhh !! . Buat si dia , aku nak mintak maap dari hujung rambut hitam aku sampai hujung kaki comel aku . Tak berniat dihati pun . Ape pun kita masih kawan kan . Kan3 ? =( . Sepatutnya aku bahagiakan dia sepertimana dia cuba bahagiakan aku . Tapi apa aku buat ?? Hey , tak baik taw lukakan hati orang !! What goes around is comes around . Semuanya berserah pada takdir . 

Aku rindu dia . Itulah ayat setiap hari aku hati aku berkata-kata . Nobody know . Bayangkan , ada si dia , bangun subuh dia kejutkan ( walaupun tak setiap hari ) , tegur bila aku ada buat salah dan yang paling best , dia akan tegur aku pasal aurat . Kira ganti tempat Abah aku la . Hehe . Orang lain nak tegur , ada pun kawan je la . Tapi more too mengumpat berbakul-bakul dulu baru berani nak tegur . Thats fact !!





Still simpan =)
( Siap buat contact picture Siwon lagi =p )




Sayang ! Bangun subuh yuk .
* Rindu mesej ini dari dia *


Memang diakui , ego aku tinggi mengalahkan Gunung Everest yang aku ak tawan lagi . Aku sayang dia , tapi masih boleh belum menerimanya 100% untuk menjadi lelaki yang aku betul-betul cintai !! * Maap jiwang sikit * . Mungkin this time , aku belum bersedia untuk mencintai seseorang . Cukuplah sekadar aku mencintai  Yang Maha Esa , Rasulullah dan Keluargaku . Hurm . Jikalau benarlah dia jodoh buatku , aku terima dengan hati yang terbuka , jikalau dia bukan jodohku , aku redha dengan ketetapan Ilahi .




Love when you are READY
Not
When you are LONELY


12.9.12

Snapstar By OHBULAN !!


Assalamualaikum !!!

Nak hadiah free dop ? Giler tak nak ! . Ni hah , aku suggest korang join contest neh . Vote dan menang !! Malas nak cakap banyak , tengok la sendiri yer . hahaha







Berita hebat bagi si obeses kamera! Kini anda berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada tajaan Fabulous Finds dengan hanya beberapa langkah mudah!
Sama ada foto-foto tersebut daripada Instagram ataupun di-edit, ianya boleh dimuatnaik di laman SnapStar mengikut kreativiti anda tersendiri.
Jadi apa kata anda pegang kamera sekarang, perhiasi diri anda secantik yang boleh dan memuat naik pada laman SnapStar kami dengan 4 langkah mudah!

Hey si cantik, jom ke langkah pertama!


Bagi si gadis yang ingin menyertai peraduan ini, mulakan langkah mudah dengan mengambil gambar.  Sebelum itu, haruslah diselitkan dengan kreativiti yang tersendiri bagi membolehkan gambar anda itu tampil unik! Solekan jangan lupa bagi si cantik yang ingin menampilkan imej yang memukau. Apa-apa pun ianya berdasarkan kreativiti anda ye!


Jom bergerak ke langkah kedua!




Sebelum menghantar gambar anda yang ‘vogue’ itu, anda perlulah mendaftar terlebih dahulu. Usah gusar! Pendaftaran adalah percuma. Hantarlah sebanyak manapun gambar anda, asalkan ianya stailista! Paling penting, daftarlah dahulu melalui Facebook atau melalui laman SnapStar.

Pacu laju-laju ke langkah ketiga!


Selepas mendaftar, apa kata anda jemput kawan-kawan anda untuk mengundi gambar anda. Bagi si cantik yang diundi dengan ‘LOVE’ yang paling banyak, siap sedia kerana anda mungkin pemenangnya! Jadi, lebih banyak anda menjemput rakan anda di laman ini, lebih besar peluang untuk anda menang! Apa tunggu lagi ? Jom sebarkan kepada semua rakan anda!

Langkah akhir wahai si bakal pemenang!

Sudah pasti si pemenang akan mendapat habuannya. Begitu juga bagi si pemenang peraduan ini, anda juga bakal memenangi hadiah! Pasti anda tertanya-tanya apakah hadiah misteri daripada tajaan Fabulous Finds bukan ? Ianya adalah Set Beauty Box! Jadi, bagi anda yang inginkan hadiah terbaik ini, rebutlah peluang dengan hanya 4 langkah mudah! Jom sertai sekarang!

Actually , aku pun join sekaki taw . Dah alang2 tuh , aku mintak la jasa baik korang vote aku . Hehehe . Tak nak undi tidak mengapa . Tak rugi pape pun . * Ayat touching ! *
Gadis Penyegan !!

27.8.12

Syawal ;)

Assalamualaikum *-*

Masih dimood raya ? Banyak dapat duit raya ? Sapa kata kalu dah beso2 kurang dah duit raya . Haha , sila betulkan statement itu . Bagi aku , semakin kita beso semakin banyak nilai yang kita dapat . Waaa , nampak tak , hipotesis raya berjaya aku buat . Ngehngehngeh . Rindu pulak kat subjek sains . Worite ! Syawal menjelma , aku memang tak rasa raya . Mood raya sekarang tidak seperti dulu2 dah . Kalau dulu nak raya , perrrhhhggghhh , bukan main bersemangat lagi !! Mengalahkan orang yang puasa penuh taw . Malam raya , masing2 dok busykan diri tubuh badan tuh , dok pasang langsir lah , tukar sarung kusyen yang time raya je tukar , buang segala bagai habuk kabuk satu rumah . Itu kalau sesi mengemas , kalau sesi menu untuk pagi raya pulak , malam tuh sibuk la bakar sate , masak rendang , anyam ketupat dan macam2 lagilah .

Standard , aku akan beraya di Kelantan . Yang paling syok giler , main mercun !! Hahaha . Memang bahaya , tapi budak2 kalau orang kata bahaya tu lah lagi diorang nak main . Last ramdhan tuh , memasing lepas mahgrib turun padang lawan . Bukan bertinju ke , lawan bola ker , tidak sama sekali !! Lawan mercun . Mercun bukan yang baling bunyi PoP ! PoP ! tuh . Tak main la weh . Lawan mercun stadium dengan kampung sebelah . Dah macam duduk kat Afghanistan pun hado .

Tahun ni , syawal kali ni , baju raya aku simple jee . Takde labucha labuchi macam orang lain . Punya la aku merayap sampai KL nuh p cari baju raya . Pulangnya tangan kosong . Maka 2 hari sebelum raya barulah aku beli long dress kat FirstLady di KB Mall . Bersederhana sahaja =) . Then , first raya kali ini tanpa my lovely brother , sebab dia kerja . So berayalah kami sefamily tanpa Along =( . Tapi takpe , dia beraya ngan tunang dia tahun ni . Next beraya ngan bini pulak . Hahaha .

Memang bersederhana and simple syawal kali ini . Duit raya tatap dapat !! Itu mustahak jugak .
Hewhewhew



Salam Lebaran ^-----------^



p/s : Sesengguhnya aku kurang bergambar raya kali ini . Hahaha . Gambar diatas sekadar main letak jee !! =P


24.7.12

Solemnization | Aida + Richard

Assalamualaikum =)

Masih tak terlewat lagi aku nak ucapkan salam ramadhan al-mubarak . Alhamdulillah setakat ini aku puasa penuh lagi . Huhuhu . This time aku mahu update pasal kawin . Hamboiii , sekarang ni aku tak tahu kenapa suka skodeng video kawin2 neh kat youtube . Bila tengok je , tetiba mood kawin tuh datang . Hewhewhew .  Sampai En Pakwe tegur " Sabarlah sikit syg neh " . Seronok pergghh kawin neh . Wuawuawua .


Worite , sebelum aku melalut sampai ke Paris , aku nak share pasal wedding kakak pipah . Best friend plus Housemate plus Roomate tercinta . Love kamu ketat2 !! =) . Seminggu sebelum ramadhan berlangsungnya majlis akad nikah iaitu pada hari Sabtu , 14 Julai 2012 di Masjid Subang Jaya . Alhamdulillah dengan sekali lafaz, in English wokeh , angah a.k.a Aida sah menjadi isteri kepada Richard Jeffery Levett Abdullah . Waaawww , mat shaleh rupanya . Hehehe . Amin . Finally she's married . Hahaha . Ounyeah =)



Kad kawin mereka , very simple .


Richard adalah anak jati UK yang telah berhijrah ke Malaysia . He's have been in Malaysia almost 7 years . But cannot speak in Malay . Yang aku tahu , he know POYO itu ape . So kalau sesape mengumpat dia poyo , maybe dia akan faham kut . Hahaha . Kadang2 18x aku tengok si Richard neh , dah macam Mr Bean pon hado . ^.^ . He's very friendly guy . Dia kalau bab bercerita memang nak high volume and banyak cakap la mamat british neh . Aku agak kureng faham sikit bila nak chat ngn dia sebab korang tahu la kan loghat british macam mana bila speaking . Kena dengar betul2 baru boleh faham . Ouhya , nak tahu lebih lanjut pasal Richard , search ajo kat Google . 



Aida + Richard = <3









Puan Nurul Aida =)


Family Richard tidak dapat hadir , so kamilah juga wakil untuk Richard , yang mengangkat hantaran juga kami2 lah . Hantaran 3 berbalas 5 . Very simple angah punya hantaran . Sampai awal di masjid and agak lama menunggu Tok Kadi datang . But alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar .



Pengikat cinta mereka .
Love and Love





Kiss for you , my lovely wife .
*---*




Aida's Parents







Abah's pengantin : Ekau jago lah aida neh baik2 . Ingat posan den ni hah , jadi suami yang baik .
Richard : Alright abah ! I'll try be a good husband =)
Mama's pengantin : Jago ghumah tanggo kowang elok2 . Jangan gadoh2 taw . 
Richard : Yes mama !


* Rekaan semata-mata * =)





3 dah kawin , 1 dah tunang , 1 single .
Pah ! Bila ko nak kawin plak ? hahaha




Sejurus selesai majlis akad nikah , kami dayang2 sekalian pergi mencekik kat McDonald berdekatan . Giler lapaq sebab pagi2 lagi dah gerak ke Masjid dari Enstek . 



OTW ke Masjid .





Selamat Pengantin Baru bt kedua-dua mempelai . Moga bahagia hingga ke alam syurga . Haisshh ! Tak sabaq nak kawin neh . Hehehehe =P

13.7.12

Playground .

Assalamualaikum .

Sapa kata umur dah terlebih jinak 21 tahun tak boleh main kat playground ? Ada bantahan ? Hahaha . Hanya muka yang tidak tahu malu hajo berani nak main kat tempat bebudak nu hah . Memang diakui aku memang sukakan playground . Eeeeuuuuuwww . Giler bebudak dan keanak-anakkan kan ? Arrggghhh , tolak tepi . Tebalkan muka anda . 

Dipagi yang mulia , waaaa , terus update neh . Aku serta Pah and Piqa pergi menempek kat playground kat area rumah Pah @enstek . Anak buah Pah tak ketinggalan . Wajib la ikut sebab diorang dah janji ngan diorang nak ajak p main kat sana . 

Sampai je kat sana , waaaaa , ada 2 budak laki yang memang comey lotey lah weh . Setelah meng interview si opahnya , kembaq rupenya budak neh . Usia baru mencecah 4 tahun . Uuuuuiii , rasa nak picit-picit aje pipi mereka yang gebu . Yang abang , Zafran dan si adik Zaquan .


Hahaha , akak beso tak tahu malu main jongkang jongket =)




Ini Zaquan . Adik . Giler sporting =)


Aku suka budak budak , so no wonder takder yang budak-budak tak suka kat aku !
hahaha

12.7.12

Sokongan .

Assalamualaikum =)

Tak moh bagi reason asal aku kejap wujud kejap timbul bila update blog neh . Sudah dimentionkan dari awal awal lagi bahawasa nye , aku bukanlah kaki blog . Hahaha . Bukan KAKI BLOG okeh ! Kalau bab skodeng blog orang lain , itu memang aku la . Apa yang aku nak share story neh hekceli giler dah basi tahap gambang . Tapi itu aku punya pasal la kan nak citer ke tak kan . * Gila angkuh dowh ! *

Pertengahan bulan Jun lepas , aku berserta family tapi tanpa adik bawah aku and abang sayang aku , memberi sokongan padu dan padu kepada pasukan bola negeri kami . Of course la Red Warriors ! 
Ko hado ?!! Wakaka . 


Taraaaaaaa papa ^.^

Hekceli aku berserta adik aku yang bongsu , siiiiiiiikkiiiiiittt tidak tahu menahu pasal pelancaran neh . Seyes !!  Kat fb mane2 page Red Warriors pun takde mention ape2 pun . So mana aku dapat tahu ?
Hahaha . My Abah seh yang giler excited bagi tahu pasal ni . Giler terkezut aku . Abah aku bukanlah seorang yang gile support bola cam Mama , Aku dan Adik2 aku . Bayangkan aku time tu tengah nyenyak tidur ( after subuh ) , dikejut oleh Mama semata-mata nak bagitaw pasal benda alah neh . Haruslah aku terus bangun dan mengomen , 
'' Ma , abah demam kah ? ''
And then , continue tidoq . Hahaha .
Sabtu pagi tuh , awal pagi kitorang dah bertolak . Ambil langkah awal takut tarak parking . Nanti kena berjalan jauh pulak . Kaki abah pulak tak bape nak sihat . Kasihan abah * Aku sayang abah aku lol * .



Seperti yang dimaklumkan sebelum ini , pelancaran kelab TRW neh akan diseri meri kan lagi dengan kehadiran pemain-pemain RW . But bad news nye , on that day depa neh ada game untuk Liga Super yang berlangsung di KB . Lawan dengan pasukan mana , aku lupa daa . Hihihi . Sebab takdop Live . Selain tuh , anok jati klatey , abe danny dengan abe jo ( Fizo Omar ) and Cikgu Sulizi pun hado . Aku dengan family aku register Fan Club neh . Hahaha . GKG la boh =)



Orang kuat KAFA , TSAM =)

Janji melayu harus tak ditepati nye pon . Habaq mai kata pukul 10 pagi start , tup tup tup pukul 11 pagi jugak start . Sokongan punya pasal kan , kitorang tunggu je .
* Giler smart keta TSAM , Hummer sioootttt *



Sesi silat dulu .

Majlis neh dirasmikan oleh TSAM . Agak ramai yang hadir . Orang kelantan pun hado skali even buat kt negeri T'ganu .



Kan2 , semangat aku pakai jersi even jersi musim lepas .
With Mama .

Aktiviti sepanjang pelancaran tuh , kadang kadang doselitkan dengan cabutan bertuah . Gile mencanak aku tunggu nombor bertuah aku naik . Hampeh seh . Giler aku nak menang bola yang di sign by pemain pemain RW . Kat kedai takde weh . Inilah peluang nak dapat . Lagi , dikir barat og course tak tinggal . Aku suka bila Danny X-Factor dengan Fizo Omar dikir . Comelllll seh =)



Habis orang kampung jeles aku tersenyum bersama beliau . HAHA =P



Sokongan aku zaman berzaman . GOMO KLATEY GOMO !!



P/S : SAYA BANGGA JADI RAKYAT MALAYSIA 
DAN 
SAYA PALING BANGGA BER IC KAN 03
 =)

8.6.12

Nikah Muda ?

Salam =)

Fuuuuuuhhhhhhhhhhhyyooooooooooooooo . Berbulan lamanya aku tinggalkan blog aku neh . Hahaha . Memang benarlah , aku neh tak boleh jadi kaki blog . Kalau kaki minat bola yer . Itu no hal . Waaa , apekah motif aku kali ini setelah sekian lama tk reti2 nak update ? Aku bukanlah malas mane pon nak update2 blog neh , cuma lazy tahap babun jee . Ohohoho .

Tetiba hari ni rase2 nak share something je . Bila on aje mukabuku , kekadang sangat la jeles bila si mereka mereka ini meng upload gambar2 nikah . Almaklum la , hari bahagia nak dikongsi bersama-sama kengkawan . Ade juga kalangan member2 skolah aku dulu yg dh tunang la , nikah apatah lagi , yang nak masuk ank dua pon ade . Ko hado ??? =p

Waaaaa , ni yang tetiba nak ajak En Pakwe kawin awal neh . Hahaha . Aku support giler ar kat pasangan remaja yg 19 or 20 yang nak sangat mendirikan masjid neh . Walaupun diorang ni atas dasarnya umur masih muda , tapi kalau depa2 neh dah brsedia ke alam rumah tangga neh , apa salahnya . Banyak perkara yg boleh dielakkan kalau nikah awal neh . Al contohnya , MAKSIAT !! Daripada dibelenggu dosa sementara masih hidup tuh , baik la p jumpa Tok Kadi , nikah . Lepaas nikah , korg nak buat apa . Suka hati laa . HALAL blake kalu nk buat . Huhuhu .

Dalam hadis , Rasulullah ada berpesan :


" Wahai para pemuda, siapa diantara kamu yang mampu berkahwin , kamu perlu bernikah kerana pernikahan itu mampu menahan pandangan mata dan menjaga kemaluan . Siapa yang belum mampu, wajib baginya berpuasa kerana sesunggunya puasa itu adalah perisai baginya "


Tapi bagi kaum Hawa tuh , kalau nak nikah muda , semestinya pilihlah pasangan yang boleh membahagiakan anda dan boleh menjaga makan minum anda ( nafkah ) dengan baik . Seelok-eloknya pilihlah pasangan kita kerana agamanya .




=)



* Mendalam tuh aku punya status ^-^ *




Dalam hadis yang direkodkan oleh al-Bukhari dan Muslim :

" Lelaki adalah penggembala dalam keluarganya dan dia bertanggungjawab atas gembalanya itu . Wanita adalah penggembala dalam rumah suaminya dan dia bertanggungjawab atas gembalanya itu "


Segala kententuan telah ditetapkan oleh Allah , kalau sudah tertulis jodoh kita diusia muda , Alhamdulillah . Lagipun kawin kan sunnah Nabi . Hurm , mana taw jodoh aku awal ??!! Ngeeeeeeeeeeeeeeeeee =)





Itu Aje =)

12.1.12


Yihhhaaaaa !

Salam tahun baru . 
Hahaha , ni first entry yang aku update untuk tahun baru . Waaaaaaa , entry baru , tahun baru , umur baru , azam baru , ha tu je la kut yang baru . New boyfriend ? hahaha , nehi3 . Owrite , tahun neh agak berbeza sedikit untuk besday aku yang telah menandakan aku dah tua pada 6 Jan yang lalu. Tahun kambing memang tahun terbaaaiiikk . Sorry pada member2 aku yang rapat ngn aku , tak dapat korang nak wish besday aku kat MukaBuku . Sebab aku deactive buat sementara waktu laman sosial tuh . Ala , mujur jeer ade FB tuh , kalu tak memang TAAKK la nak wish besday orang sebab tak ingat .

Thx pada membe yang wish dan yang paling besh sesangat bebudak rumah aku . Nasib baik bedak wangi korang sapu kat aku bukan tepung or telur ayam segala bagai . Kalau tak , 7 hari 7 malam la aku mandi bunga nak hilangkan bau tengik ! Eeeeeeuuuuuwwww . Hurm , sempena besday aku just jejalan kat Port Dickson jer. Bapokk jimat tak lepak Seremban sebab PT belom check in lagi dalam akauan .Siiiooottt jer . Lepaking McDonald pilihan kitorang . Lagipun Mcd kat situ baru jer buka . 



Haisshh ! Tetibe sepet plak mata sebelah neh .





Dah kenyang , ape lagi cuci mata kat PD tuh . Jejalan sana sini . After that , maybe tak kenyang lagi lepas melantak McD , kitorang try p melantak plak kat Domino's Pizza . Hahahaha , bapok tak kenyang . Hekceli kat McD tak makan pun . Tapau bawak balik rumah .





Memang tak puas makan sebab nipis nau lol ! Tapi agak berbaloi sebab sedap . 
Thx Fifah sbb belanja =)



Muka nak kerek =p


Sedang jejalan dibawah panahan cahaya matahari yang memancar mancar kan * ayat tak leh blah * , port paling aku suka menempek adalah....


Playground .
 Bebudak tadika , sila jeles ! Ngok ngek jer ^;^


Aku harap tahun 2012 neh , aku berjaya mengekalkan status single mingle . Wawawawawa ! Ni kira cam azam aku la kut . Bongek jer !!! hahaha








p/s : Hampeh seribu kali hampeh buat result MUET !!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...