20.9.12

I'm Sorry I Miss You


Assalamualaikum =)

Pernah bercinta atau pernah dicintai ? Atau kedua-duanya sekali . Tetiba entry kali ini aku nak meluahkan perasaan yang berkepok-kepok sekian lamanya aku simpan . Bukan aku tak pernah share dengan member-member rapat tapi tak sepenuhnya aku nak luahkan . Pendam punya pendam , sakit pulak hati kita ni hah ! Haiisshhh !! . Buat si dia , aku nak mintak maap dari hujung rambut hitam aku sampai hujung kaki comel aku . Tak berniat dihati pun . Ape pun kita masih kawan kan . Kan3 ? =( . Sepatutnya aku bahagiakan dia sepertimana dia cuba bahagiakan aku . Tapi apa aku buat ?? Hey , tak baik taw lukakan hati orang !! What goes around is comes around . Semuanya berserah pada takdir . 

Aku rindu dia . Itulah ayat setiap hari aku hati aku berkata-kata . Nobody know . Bayangkan , ada si dia , bangun subuh dia kejutkan ( walaupun tak setiap hari ) , tegur bila aku ada buat salah dan yang paling best , dia akan tegur aku pasal aurat . Kira ganti tempat Abah aku la . Hehe . Orang lain nak tegur , ada pun kawan je la . Tapi more too mengumpat berbakul-bakul dulu baru berani nak tegur . Thats fact !!





Still simpan =)
( Siap buat contact picture Siwon lagi =p )




Sayang ! Bangun subuh yuk .
* Rindu mesej ini dari dia *


Memang diakui , ego aku tinggi mengalahkan Gunung Everest yang aku ak tawan lagi . Aku sayang dia , tapi masih boleh belum menerimanya 100% untuk menjadi lelaki yang aku betul-betul cintai !! * Maap jiwang sikit * . Mungkin this time , aku belum bersedia untuk mencintai seseorang . Cukuplah sekadar aku mencintai  Yang Maha Esa , Rasulullah dan Keluargaku . Hurm . Jikalau benarlah dia jodoh buatku , aku terima dengan hati yang terbuka , jikalau dia bukan jodohku , aku redha dengan ketetapan Ilahi .




Love when you are READY
Not
When you are LONELY


12.9.12

Snapstar By OHBULAN !!


Assalamualaikum !!!

Nak hadiah free dop ? Giler tak nak ! . Ni hah , aku suggest korang join contest neh . Vote dan menang !! Malas nak cakap banyak , tengok la sendiri yer . hahaha







Berita hebat bagi si obeses kamera! Kini anda berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada tajaan Fabulous Finds dengan hanya beberapa langkah mudah!
Sama ada foto-foto tersebut daripada Instagram ataupun di-edit, ianya boleh dimuatnaik di laman SnapStar mengikut kreativiti anda tersendiri.
Jadi apa kata anda pegang kamera sekarang, perhiasi diri anda secantik yang boleh dan memuat naik pada laman SnapStar kami dengan 4 langkah mudah!

Hey si cantik, jom ke langkah pertama!


Bagi si gadis yang ingin menyertai peraduan ini, mulakan langkah mudah dengan mengambil gambar.  Sebelum itu, haruslah diselitkan dengan kreativiti yang tersendiri bagi membolehkan gambar anda itu tampil unik! Solekan jangan lupa bagi si cantik yang ingin menampilkan imej yang memukau. Apa-apa pun ianya berdasarkan kreativiti anda ye!


Jom bergerak ke langkah kedua!




Sebelum menghantar gambar anda yang ‘vogue’ itu, anda perlulah mendaftar terlebih dahulu. Usah gusar! Pendaftaran adalah percuma. Hantarlah sebanyak manapun gambar anda, asalkan ianya stailista! Paling penting, daftarlah dahulu melalui Facebook atau melalui laman SnapStar.

Pacu laju-laju ke langkah ketiga!


Selepas mendaftar, apa kata anda jemput kawan-kawan anda untuk mengundi gambar anda. Bagi si cantik yang diundi dengan ‘LOVE’ yang paling banyak, siap sedia kerana anda mungkin pemenangnya! Jadi, lebih banyak anda menjemput rakan anda di laman ini, lebih besar peluang untuk anda menang! Apa tunggu lagi ? Jom sebarkan kepada semua rakan anda!

Langkah akhir wahai si bakal pemenang!

Sudah pasti si pemenang akan mendapat habuannya. Begitu juga bagi si pemenang peraduan ini, anda juga bakal memenangi hadiah! Pasti anda tertanya-tanya apakah hadiah misteri daripada tajaan Fabulous Finds bukan ? Ianya adalah Set Beauty Box! Jadi, bagi anda yang inginkan hadiah terbaik ini, rebutlah peluang dengan hanya 4 langkah mudah! Jom sertai sekarang!

Actually , aku pun join sekaki taw . Dah alang2 tuh , aku mintak la jasa baik korang vote aku . Hehehe . Tak nak undi tidak mengapa . Tak rugi pape pun . * Ayat touching ! *
Gadis Penyegan !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...