17.10.12

Tahniah !


Assalamualaikum .

Dah berhari-hari aku nak update , asyik postpone jer dek kerana malas tahap gaban . Maka hari ini , disaat ini , diwaktu ini , detik ini , maka aku nak share story . Hahahaha , berasa kebanggaan pula pabila update kali ini pasal bola . Tahu kan Kelantan berjaya ke final untuk Piala Malaysia ? Kalau tak tahu , memang korang tak baca newspaper or memang tak amik tahu hal dunio . Ngeeeeeee . Wahai rakyat Selangor sekalian , usahla korang berdendam dengan kami . Sesungguhnya kemenangan berpihak kepada kami . Mungkin kali ini rezeki kami . Waaaaaaa , ayat sastera dak keluar dah . 

Dengan hanya berbekalkan handphone canggih , dari situ lah aku tahu hal2 berkaitan bola . Walau ado LIVE kat TV , tapi rumah sewa aku taraak tv . Sedih kut . Kadang curi2 g warung depan umah semata-mata nak tengok bola . Budak umah mana la kaki giler macam aku neh . Aku jer yang tersemangat lebey giler kat bola . EH ! For sure la , MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA !!





Kenal sape kat atas ?

Ni la hero Red Warriors time game dengan Selangor pada separuh akhir pertama time kat Kota Bharu . Abe Farhan atau lebih pemes Ben10 . Hehehe .Walaupun sekadar 1-0 , at least kitorang ade bekalan nak dibawa ke Shah Alam untuk perlawanan timbang balik .

Then , tak disangka-sangka , game kat Shah Alam berjaya membawa pasukan kami melangkah ke Final . Waaaaaa , terkinja-kinja aku sebab menang . Giler tak happy . Tapi ade cite sedihnya sebab this time aku tak dapat jejak stadium Shah Alam tuh . Bapok hagemaru seh !! Sedih bergunung-ganang . Lebih sedih dari putus cintan taw tak !! Gomo kat depe TV jo lah kali neh . Sobsobsobsob




Tengah layan FB tetiba ini gambar menarik perhatian aku . Kenal ?
hewhewhewhew =)




Maap Datuk Shah Reza , saya tak dapat pergi =(

Aku rasa nanti mat2 terap a.k.a soldier kat bandar Port dicson neh nanti , conform sunyi sebab nak sokong depa punya team . tapi yang aku tahu la kan , 3 tahun dok PD neh , kebanyakan soldier2 neh orang klatey . hahahaha . Conform la depa sokong Red Warrior . Hehehehe .

So , kita nantikanlah perlawanan Sabtu ni .
LIVE : Astro Awani ( 801 )
Jam : 8.45 malam




GOMO KLATEY GOMO terrrrrrrrrrr !!!




20.9.12

I'm Sorry I Miss You


Assalamualaikum =)

Pernah bercinta atau pernah dicintai ? Atau kedua-duanya sekali . Tetiba entry kali ini aku nak meluahkan perasaan yang berkepok-kepok sekian lamanya aku simpan . Bukan aku tak pernah share dengan member-member rapat tapi tak sepenuhnya aku nak luahkan . Pendam punya pendam , sakit pulak hati kita ni hah ! Haiisshhh !! . Buat si dia , aku nak mintak maap dari hujung rambut hitam aku sampai hujung kaki comel aku . Tak berniat dihati pun . Ape pun kita masih kawan kan . Kan3 ? =( . Sepatutnya aku bahagiakan dia sepertimana dia cuba bahagiakan aku . Tapi apa aku buat ?? Hey , tak baik taw lukakan hati orang !! What goes around is comes around . Semuanya berserah pada takdir . 

Aku rindu dia . Itulah ayat setiap hari aku hati aku berkata-kata . Nobody know . Bayangkan , ada si dia , bangun subuh dia kejutkan ( walaupun tak setiap hari ) , tegur bila aku ada buat salah dan yang paling best , dia akan tegur aku pasal aurat . Kira ganti tempat Abah aku la . Hehe . Orang lain nak tegur , ada pun kawan je la . Tapi more too mengumpat berbakul-bakul dulu baru berani nak tegur . Thats fact !!





Still simpan =)
( Siap buat contact picture Siwon lagi =p )




Sayang ! Bangun subuh yuk .
* Rindu mesej ini dari dia *


Memang diakui , ego aku tinggi mengalahkan Gunung Everest yang aku ak tawan lagi . Aku sayang dia , tapi masih boleh belum menerimanya 100% untuk menjadi lelaki yang aku betul-betul cintai !! * Maap jiwang sikit * . Mungkin this time , aku belum bersedia untuk mencintai seseorang . Cukuplah sekadar aku mencintai  Yang Maha Esa , Rasulullah dan Keluargaku . Hurm . Jikalau benarlah dia jodoh buatku , aku terima dengan hati yang terbuka , jikalau dia bukan jodohku , aku redha dengan ketetapan Ilahi .




Love when you are READY
Not
When you are LONELY


12.9.12

Snapstar By OHBULAN !!


Assalamualaikum !!!

Nak hadiah free dop ? Giler tak nak ! . Ni hah , aku suggest korang join contest neh . Vote dan menang !! Malas nak cakap banyak , tengok la sendiri yer . hahaha







Berita hebat bagi si obeses kamera! Kini anda berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada tajaan Fabulous Finds dengan hanya beberapa langkah mudah!
Sama ada foto-foto tersebut daripada Instagram ataupun di-edit, ianya boleh dimuatnaik di laman SnapStar mengikut kreativiti anda tersendiri.
Jadi apa kata anda pegang kamera sekarang, perhiasi diri anda secantik yang boleh dan memuat naik pada laman SnapStar kami dengan 4 langkah mudah!

Hey si cantik, jom ke langkah pertama!


Bagi si gadis yang ingin menyertai peraduan ini, mulakan langkah mudah dengan mengambil gambar.  Sebelum itu, haruslah diselitkan dengan kreativiti yang tersendiri bagi membolehkan gambar anda itu tampil unik! Solekan jangan lupa bagi si cantik yang ingin menampilkan imej yang memukau. Apa-apa pun ianya berdasarkan kreativiti anda ye!


Jom bergerak ke langkah kedua!




Sebelum menghantar gambar anda yang ‘vogue’ itu, anda perlulah mendaftar terlebih dahulu. Usah gusar! Pendaftaran adalah percuma. Hantarlah sebanyak manapun gambar anda, asalkan ianya stailista! Paling penting, daftarlah dahulu melalui Facebook atau melalui laman SnapStar.

Pacu laju-laju ke langkah ketiga!


Selepas mendaftar, apa kata anda jemput kawan-kawan anda untuk mengundi gambar anda. Bagi si cantik yang diundi dengan ‘LOVE’ yang paling banyak, siap sedia kerana anda mungkin pemenangnya! Jadi, lebih banyak anda menjemput rakan anda di laman ini, lebih besar peluang untuk anda menang! Apa tunggu lagi ? Jom sebarkan kepada semua rakan anda!

Langkah akhir wahai si bakal pemenang!

Sudah pasti si pemenang akan mendapat habuannya. Begitu juga bagi si pemenang peraduan ini, anda juga bakal memenangi hadiah! Pasti anda tertanya-tanya apakah hadiah misteri daripada tajaan Fabulous Finds bukan ? Ianya adalah Set Beauty Box! Jadi, bagi anda yang inginkan hadiah terbaik ini, rebutlah peluang dengan hanya 4 langkah mudah! Jom sertai sekarang!

Actually , aku pun join sekaki taw . Dah alang2 tuh , aku mintak la jasa baik korang vote aku . Hehehe . Tak nak undi tidak mengapa . Tak rugi pape pun . * Ayat touching ! *
Gadis Penyegan !!

27.8.12

Syawal ;)

Assalamualaikum *-*

Masih dimood raya ? Banyak dapat duit raya ? Sapa kata kalu dah beso2 kurang dah duit raya . Haha , sila betulkan statement itu . Bagi aku , semakin kita beso semakin banyak nilai yang kita dapat . Waaa , nampak tak , hipotesis raya berjaya aku buat . Ngehngehngeh . Rindu pulak kat subjek sains . Worite ! Syawal menjelma , aku memang tak rasa raya . Mood raya sekarang tidak seperti dulu2 dah . Kalau dulu nak raya , perrrhhhggghhh , bukan main bersemangat lagi !! Mengalahkan orang yang puasa penuh taw . Malam raya , masing2 dok busykan diri tubuh badan tuh , dok pasang langsir lah , tukar sarung kusyen yang time raya je tukar , buang segala bagai habuk kabuk satu rumah . Itu kalau sesi mengemas , kalau sesi menu untuk pagi raya pulak , malam tuh sibuk la bakar sate , masak rendang , anyam ketupat dan macam2 lagilah .

Standard , aku akan beraya di Kelantan . Yang paling syok giler , main mercun !! Hahaha . Memang bahaya , tapi budak2 kalau orang kata bahaya tu lah lagi diorang nak main . Last ramdhan tuh , memasing lepas mahgrib turun padang lawan . Bukan bertinju ke , lawan bola ker , tidak sama sekali !! Lawan mercun . Mercun bukan yang baling bunyi PoP ! PoP ! tuh . Tak main la weh . Lawan mercun stadium dengan kampung sebelah . Dah macam duduk kat Afghanistan pun hado .

Tahun ni , syawal kali ni , baju raya aku simple jee . Takde labucha labuchi macam orang lain . Punya la aku merayap sampai KL nuh p cari baju raya . Pulangnya tangan kosong . Maka 2 hari sebelum raya barulah aku beli long dress kat FirstLady di KB Mall . Bersederhana sahaja =) . Then , first raya kali ini tanpa my lovely brother , sebab dia kerja . So berayalah kami sefamily tanpa Along =( . Tapi takpe , dia beraya ngan tunang dia tahun ni . Next beraya ngan bini pulak . Hahaha .

Memang bersederhana and simple syawal kali ini . Duit raya tatap dapat !! Itu mustahak jugak .
Hewhewhew



Salam Lebaran ^-----------^



p/s : Sesengguhnya aku kurang bergambar raya kali ini . Hahaha . Gambar diatas sekadar main letak jee !! =P


24.7.12

Solemnization | Aida + Richard

Assalamualaikum =)

Masih tak terlewat lagi aku nak ucapkan salam ramadhan al-mubarak . Alhamdulillah setakat ini aku puasa penuh lagi . Huhuhu . This time aku mahu update pasal kawin . Hamboiii , sekarang ni aku tak tahu kenapa suka skodeng video kawin2 neh kat youtube . Bila tengok je , tetiba mood kawin tuh datang . Hewhewhew .  Sampai En Pakwe tegur " Sabarlah sikit syg neh " . Seronok pergghh kawin neh . Wuawuawua .


Worite , sebelum aku melalut sampai ke Paris , aku nak share pasal wedding kakak pipah . Best friend plus Housemate plus Roomate tercinta . Love kamu ketat2 !! =) . Seminggu sebelum ramadhan berlangsungnya majlis akad nikah iaitu pada hari Sabtu , 14 Julai 2012 di Masjid Subang Jaya . Alhamdulillah dengan sekali lafaz, in English wokeh , angah a.k.a Aida sah menjadi isteri kepada Richard Jeffery Levett Abdullah . Waaawww , mat shaleh rupanya . Hehehe . Amin . Finally she's married . Hahaha . Ounyeah =)



Kad kawin mereka , very simple .


Richard adalah anak jati UK yang telah berhijrah ke Malaysia . He's have been in Malaysia almost 7 years . But cannot speak in Malay . Yang aku tahu , he know POYO itu ape . So kalau sesape mengumpat dia poyo , maybe dia akan faham kut . Hahaha . Kadang2 18x aku tengok si Richard neh , dah macam Mr Bean pon hado . ^.^ . He's very friendly guy . Dia kalau bab bercerita memang nak high volume and banyak cakap la mamat british neh . Aku agak kureng faham sikit bila nak chat ngn dia sebab korang tahu la kan loghat british macam mana bila speaking . Kena dengar betul2 baru boleh faham . Ouhya , nak tahu lebih lanjut pasal Richard , search ajo kat Google . 



Aida + Richard = <3









Puan Nurul Aida =)


Family Richard tidak dapat hadir , so kamilah juga wakil untuk Richard , yang mengangkat hantaran juga kami2 lah . Hantaran 3 berbalas 5 . Very simple angah punya hantaran . Sampai awal di masjid and agak lama menunggu Tok Kadi datang . But alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar .



Pengikat cinta mereka .
Love and Love





Kiss for you , my lovely wife .
*---*




Aida's Parents







Abah's pengantin : Ekau jago lah aida neh baik2 . Ingat posan den ni hah , jadi suami yang baik .
Richard : Alright abah ! I'll try be a good husband =)
Mama's pengantin : Jago ghumah tanggo kowang elok2 . Jangan gadoh2 taw . 
Richard : Yes mama !


* Rekaan semata-mata * =)





3 dah kawin , 1 dah tunang , 1 single .
Pah ! Bila ko nak kawin plak ? hahaha




Sejurus selesai majlis akad nikah , kami dayang2 sekalian pergi mencekik kat McDonald berdekatan . Giler lapaq sebab pagi2 lagi dah gerak ke Masjid dari Enstek . 



OTW ke Masjid .





Selamat Pengantin Baru bt kedua-dua mempelai . Moga bahagia hingga ke alam syurga . Haisshh ! Tak sabaq nak kawin neh . Hehehehe =P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...