29.5.11

Berkat Membaca Bismillah

Assalamualaikum..
Bismillahirohmanirohim syukur kpd Ilahi sbb still lg dapat menyemak kn diri kat Hencek Bolog aku neh. Petang yg panas ngan matahari yg cantik ( ayt nk baaeeekkk punye ) aku nk kongsi satu kisah berkaitan ngan entry aku neh. Tak rugi lau anda2 menghayati nyer dan mengambil iktibar yer. Aku pon same gak !

Tak mboh memanjangkan bebelan yg mengarot karot, so jom layan kisah penoh iktibar neh.



Ada seorang perempuan tua yg taat agamanya, tetapi suaminya seorang yg fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu melakukan kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak memulakan sesuatu perkara. Suaminya tidak suka dengan sikap si isteri dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek " Asyik Bismillah, Bismillah, Bismillah. Kejap2 Bismillah ".

Isterinya tidak berkata apa2 sebaliknya dia berdoa kpd Allah S.W.T supaya memberikan hidayah kepada  suaminya. Suatu hari suaminya berkata : " Suatu hari nanti akan ku buat kamu kecewa dgn bacaan2 mu itu ".

Untuk membuatkan sesuatu yg memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yg banyak kpd isterinya lalu berkata, " Simpan wang ini ". Isterinya mengambil wang tersebut lalu menyimpan ditempat yg selamat. Disamping itu, tanpa disedari oleh si isteri, suaminya telah melihat tmpat yg disimpan oleh isterinya. Kemudian dgan senyap2 suaminya mengambil wang tersebut lalu mencampakkan beg wang tersebut ke dalam perigi dibelakang rumah mereka.

Setelah beberapa hari kemudan, suaminya itu memanggil isterinya dan berkata " Berikan kpdku wang yg aku berikan kpd engkau dahulu utk disimpan ".

Kemudian isterinya pergi ke tempat dimana dia menyimpan wang tersebut sambil diikuti suaminya. Berhati2 dia menghampiri tempat dimana dia menyimpan wang tersebut lalu membuka dengan membaca " Bismillahirrahmanirrahim ". Ketika itu Allah S.W.T mengahantar Malaikat Jibril A.S utk mengembalikan beg duit tersebut itu kpd suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia rasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kpd isterinya. Ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah dan dia juga membaca Bismillah pabila memulakan sesuatu kerja. Alhamdulillah, syukur ! ;)



p/s : So, moral of story, nk mulakan sesuatu ucplah Bismilahirrahmanirrahim.....mudah2an apa yg kita lakukan itu, mendapat keberkatan drpNYA. Amin. ;)

No comments:

Post a Comment

suara rakyat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...